Image Banner

𝗣𝗘𝗡𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟭, 𝟮 , 𝟯 𝗗𝗔𝗡 𝟰 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟮

𝗣𝗘𝗡𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟭, 𝟮 , 𝟯 𝗗𝗔𝗡 𝟰 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟮
********************************************
MINAT NAK HANTAR ANAK , TAPI JAUH... TAK JADI MASALAH PIHAK SEKOLAH AKAN SEDIAKAN PENGANGKUTAN SECARA PERCUMA...
Kekosongan Tempat
Tahun 1 : 10 orang
2:. 5 orang
3: 5 orang
4: 3 orang
APA KELEBIHAN DI 𝗦𝗥𝗜𝗧𝗕𝗘𝗦𝗧
a. 📚 Menggunakan Kurikulum :-
📔 𝙆𝙐𝙍𝙄𝙆𝙐𝙇𝙐𝙈 𝙎𝙏𝘼𝙉𝘿𝘼𝙍𝘿 𝙎𝙀𝙆𝙊𝙇𝘼𝙃 𝙍𝙀𝙉𝘿𝘼𝙃 - Kementerian Pendidikan Malaysia
📕 𝙆𝙐𝙍𝙄𝙆𝙐𝙇𝙐𝙈 𝘿𝙄𝙉𝙄𝘼𝙃 - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
📗 𝙆𝙐𝙍𝙄𝙆𝙐𝙇𝙐𝙈 𝙏𝘼𝙃𝙁𝙄𝙕 - SRITBEST
👥 𝙄𝙎𝙇𝘼𝙈𝙄𝘾 𝘽𝙀𝙃𝘼𝙑𝙄𝙊𝙐𝙍 𝘿𝙀𝙑𝙀𝙇𝙊𝙋𝙈𝙀𝙉𝙏 (IBD) - SRITBEST
🤖 𝙍𝙊𝘽𝙊𝙏𝙄𝘾 & 𝙏𝙀𝘾𝙃𝙉𝙊𝙇𝙊𝙂𝙔 - SRITBEST
b. Konsep pengajaran "𝙁𝙐𝙉 𝙇𝙀𝘼𝙍𝙉𝙄𝙉𝙂"
c. Waktu persekolahan 8 pagi - 5.30 petang
d. Bilangan murid 20-24 org / kelas.
.
𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡
************************
- Tarikh lahir pada 2 Januari 2015 sehingga 1 Januari 2016 (Bagi Tahun 1 sahaja)
- Boleh membaca, menulis dan mengira.
.
𝘓𝘐𝘕𝘒 𝘗𝘌𝘙𝘔𝘖𝘏𝘖𝘕𝘈𝘕 𝘗𝘌𝘕𝘋𝘈𝘍𝘛𝘈𝘙𝘈𝘕 𝘚𝘌𝘚𝘐 2022 :
DAFTAR DISINI
.
.
𝘏𝘜𝘉𝘜𝘕𝘎𝘐 :
☎️ 04-4445666 (Pejabat)
📱 (WhatsApp)
KLIK UNTUK WHATSAP

MORE

PENYAMPAIAN HADIAH

30 SEPTEMBER 2021 - PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG-PEMENANG PERTANDINGAN YANG TELAH DIADAKAN PADA BULAN OGOS YANG LEPAS
.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARIS YANG SUDI MEMBAWA ANAK-ANAK UNTUK MENGAMBIL HADIAH .
TERIMA KASIH JUGA KEPADA MUALIMAH AFINI SERTA SEMUA GURU YANG TELAH MENJAYAKAN PROGRAM YANG DI RANCANG

MORE

SELAMAT HARI MALAYSIA

16 SEPTEMBER 2021- Berkibaran jalur gemilang di sepanjang jalan. Melambangkan kekuatan dan semangat rakyat dalam meraikan hari yang menjadi pedoman buat seluruh warganegara di Malaysia. Meskipun negara dilanda wabak, semangat cintakan tanah air tidak pernah luntur dalam diri kita yang bergelar anak bangsa. Teriakan " Saya Anak Malaysia" membangkitkan gemuruh suasana, berdiri tegak saat lagu negaraku berkumandang.
“Kita semua rakyat Malaysia. Ini adalah satu ikatan yang sentiasa menyatukan kita. Hendaklah kita sentiasa ingat bahawa perpaduan adalah asas kekuatan kita sebagai rakyat dan sebagai satu negara” – Tunku Abdul Rahman
Teruskanlah bersatu walau apa jua berlaku. Bertolak ansur sesama kita supaya dapat menjaga kemakmuran negara. Walaupun tahun 2021 kita lalui dengan penuh cabaran, namun dengan semangat perpaduan pelbagai bangsa dan budaya di negara ini pastinya akan kita tempuhi bersama-sama.
Saya mewakili Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Bestari ingin mengucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga negara kita segera bebas daripada wabak Covid-19 yang melanda negara ini. Amin Ya Rabbal A’lamin.
MUHAMAD SYATER BIN AWANG KECHIK
Guru Besar
Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Bestari (SRITBEST)
"MALAYSIA PRIHATIN"

MORE

SALAM AWAL MUHARRAM 1443H

10 OGOS 2021-Hijrah merupakan satu titik perjalanan yang memberikan perubahan ke atas diri kita. Seperti mana perhijrahan baginda Nabi Muhammad S.A.W dari Mekah ke Madinah merupakan satu titik sejarah yang besar ke atas perkembangan Islam dan umatnya.
Maka dengan mengambil semangat dari penghijrahan baginda, marilah kita mulakan tahun baru dengan menginsafkan diri dengan menjadi seorang muslim yang berani dan berazam dengan meninggalkan perkara yang dicegah dan melaksanakan perkara yang sunnah.
Berikutan kes covid-19 semakin meningkat dari hari ke hari, memberi kesan dalam kehidupan seharian kita dan jumlah kematian yang semakin tidak terhitung. Moga tahun baru kali ini akan memberikan kita barakah supaya dihilangkan segala wabak yang melanda. Justeru, saya mewakili Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Bestari (SRITBEST) menyeru kepada semua supaya kita bersama sama bangkit dan bersatu dalam menangani wabak covid-19.
Semoga tahun baru ini membawa penghijrahan yang jauh lebih baik dari tahun sebelumnya.
MUHAMAD SYATER BIN AWANG KECHIK
Guru Besar
Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Bestari (SRITBEST)
"MANHAJ RABBANI UMMAH BERKUALITI"

MORE

AKTIVITI BULAN ZULHIJJAH

Aktiviti membuat replika Kaabah dan mengelilingi kaabah 🤩 In syaa Allah Semoga suatu hari nanti kita semua termasuk anak2 dan keluarga diberi kesempatan untuk melihat kaabah di tanah suci Mekah😍😍😍 Aamiinn Aamiinn Ya Rabbal Alamin 🤲🏻🥰

 

MORE

HARI ARAFAH

Hari Arafah Diampunkan Dosa dan Waktu Doa Mustajab
عَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ قَالَ قَالَتْ عَائِشَةُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمْ الْمَلَائِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلَاءِ
Daripada Ibnul Musayyab ia berkata, Aisyah berkata; Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Allah mendekati mereka lalu Allah membanggakan mereka (menunjukkan keutamaan) kepada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” [Sahih Muslim No. 3354]. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Antara keutamaan Hari Arafah ialah mendapat keampunan Allah. Ibnu Rajab Al Hambali mengatakan, “Hari Arafah adalah hari pembebasan dari api neraka. Pada hari itu, Allah akan membebaskan siapa saja yang sedang wukuf di Arafah dan penduduk negeri kaum muslimin yang tidak melaksanakan wukuf. Oleh kerana itu, hari setelah hari Arafah iaitu hari Idul Adha adalah hari raya bagi kaum muslimin di seluruh dunia. Baik yang melaksanakan haji dan yang tidak melaksanakannya sama-sama akan mendapatkan pembebasan dari api neraka dan ampunan pada hari Arafah.
2. Selain daripada tuntutan berpuasa sunat pada hari arafah bagi yang tidak menunaikan ibadat haji, digalakkan juga untuk berdoa kerana hari Arafah antara sebaik-baik waktu dan tempat berdoa.
عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi SAW bersabda: Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah: "LAA ILAAHA ILLALLAHU WAHDAHUU LAA SYARIIKALAHU LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA 'ALAA KULLI SYAI'IN QADIIR (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi–Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu)”. [HR. Tirmizi no. 3509]. Status: Hadis Hasan.
3. Antara tempat doa mustajab adalah di padang Arafah dan pada hari Arafah bermula selepas gelincir matahari 9hb Zulhijjah hingga terbit fajar 10hb Zulhijjah.
4. Syaikh Sholih Al Munajjid: Mustajabnya doa tersebut adalah umum, sama ada yang menunaikan ibadat haji ataupun yang tidak menunaikan haji disebabkan keutamaan yang ada adalah keutamaan hari arafah. Sedangkan yang berada di Arafah (yang sedang wukuf pada tanggal 9 Dzulhijjah), ia berarti menggabungkan antara keutamaan waktu dan tempat.
5. Antara zikir yang paling baik dilafazkan dihari Arafah ialah
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Rebutlah peluang kelebihan hari wukuf di arafah dengan puasa sunat (bagi yg tidak mengerjakan ibadat haji) dan perbanyakan doa dan zikir.
18hb Julai 2021
08hb Zulhijjah 1442H

MORE

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL KE 2

17 JULAI 2021 - Makluman kepada ibu bapa, penjaga, murid-murid dan seluruh warga Sek Ren Integrasi Tahfiz Bestari (SRITBEST). Sekolah akan bercuti berdasarkan takwim iaitu bermula 16hb Julai 2021(Jumaat ) hingga 24hb Julai 2021(Sabtu) selama Sembilan (9) hari sahaja.
Di dalam cuti penggal kali ini juga ada Hari yang istimewa iaitu Hari Raya Aidiladha 1442H. Pihak sekolah mengucapkan selamat beramal pada semua warga sekolah dan Selamat Hari Raya Aidiladha. Moga segala amalan sunat pada 10 hari pertama Zulhijjah dan Amalan Korban yang dilakukan pada tahun ini diterima Allah swt.
Sesi persekolahan (secara zoom) akan bersambung semula pada 25hb Julai 2021(Ahad).
Moga Seluruh warga SRITBEST sentiasa dalam perlindungan Allah swt, dijauhkan daripada segala wabak penyakit yang berbahaya terutama Covid-19.
Amin ya Rabb 🤲🏼

MORE

Image News
Image News

Image Banner